Pages

Saturday, September 24, 2011

!! pErS!aPkAn D!R!Mu !!

Rasa yang lahir dari sudut hati,
Tersembunyi bayangan yang sukar ditafsirkan,
Tersimpan gelodak yang tidak kelihatan,
Terlalu kejap untuk dirungkaikan dengan bait-bait perkataan,
Begitu kemas untuk dirobek di baliknya.

Yang ada hanya mampu merasai,
Yang baki hanya mampu untuk meneliti
dan mendalami,
Yang tinggal mampu untuk meneka…
Mengapa begitu?
Kenapa begini?
Adakah benar?.....

Jadilah pencetus pemikiran matang,
Yang mengubah pelusuk dunia kemanusiaan,
Memberi dimensi baru kehidupan ketamadunan,
Membawa perspektif baru bagi yang akan meneruskan,
Dalam memperjuangkan definisi aksara kemajuan.

Perjelaskan kepada jasadmu sendiri,
Agar dapat rohmu menakkul dan menyimpan keperluan rohaniah,
Seperti yang akan kau perlukan,
Semasa menghadapi serangan kehidupan,
Seolah-olah tidak puas menjatuh dan mempermainkan umat manusia.

Kerna itu,
Kau perlu sedar sentiasa,
Jangan terlena walau sesaat,
Bisikkan dan sendatkan hati kecilmu,
Dengan kata-kata semangat yang besar,
Agar kau tidak hanyut dan terus dibuai,
Mimpi-mimpi indah yang peritnya berpanjangan

No comments:

Post a Comment