Pages

Sunday, September 25, 2011

(^_^) dUhA! WaN!Ta (^_^)

ujar lelaki,wanita itu lemah,
ujar wanita, mereka itu lembut,
antara lemah dan lembut,
besar perbezaannya,
namun ada yang tidak rela mengakuinya.

telah ditakdirkan, kerana lembut wanita,
tidak gemar perbalahan,
kecuali jika terpaksa,
lalu wania pun diam,
seolah-olah menerima.

dalam diam, wanita gigih,
melaksanakan kewajipan.
dalam diam, wanita terus terusan bekerja,
di pejabat sebagai kerani,
si rumah sebagai suri.
dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari,
hingga jarum tegak bertindih jari.

lelaki yang mengaku kuat,
celitk mata sarapan sudah terhidang.
apabila pulang pejabat,
dikerusi malas longlai terlentang.

isteri dikatakan lemah,
bergelut didapur memasak.
suami yang mengaku gagah,
bersantai di hadapan tv tidak begerak.

selesai memasak,
wanita menguruskan anak-anak,
menyapu sampah,
mengemas rumah yang berselerak.
lelaki keletihan kerana,
memandu dijalan sesak,
berehat menonton tv sambil tergelak.

dalam diam wanita dianggap lemah,
terus berlumba dengan masa,
memandikan anak,
melipat pakaian dan membasuh baju,
kaki dan tangan semua digerakkan laju,
menyiram pohon-pohon bunga
yang mulai layu.
sebelum maghrib untuk bersujud
menyembah yang Satu.

makanan dihidang selepas solat,
selesai kerja rumah
anak-anak diajar mengaji.
sedang suami sedang tersandar seperti tadi
sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji.
dalam diam semua kerja rumah
segera disiapkan,
lelaki terpelajar celik hati
ingin menghapuskan diskriminasi.

lantang membela nasib manusia
memberi kesedaran supaya segera bangkit
meminta lelaki jangan lagi
memperlakukan wanita.

hukum agama telah terpapar
tugas suami mengemas rumah menjaga anak,
membasuh kain, menyedia makanan,
jika suami tidak terdaya melakukannya
seorang pembantu wajar disedia.

lelaki yang hanyut dalam keasyikan,
tidak mampu menerima perubahan,
rela bertahan bagaimanapun jua
asalkan cara hidup tradisi dinikmati
dalam diam wanita sering dianggap lemah,
meneruskan hidup dalam segala kekuatan.

No comments:

Post a Comment