Pages

Saturday, September 24, 2011

:) dUhA! MuSl!mAh :)

Bukan sedikit yang dilayurkan dalam langkah kehidupan yang bergelar muslimah, akhawat dan wanita. Ternyata bahawa ketinggian akhlak dan keluhuran budimu menjadi sanjungan dan tilikan. Dalam segenap tingkah dan lenggokmu, dirimu menjadi nilaian. Indah bukan??

Keindahan itu tidak bermakna jika dirimu sendiri tidak menghayati lantas mengiktiraf dan menyarungkannya dalam pemikiran dirimu. Dirimu seolah-olah menafikan keindahan dan kecantikan yang ada pada dirimu. Pudarkah sudah salur-galur kemegahan dan ketinggian srikandi Islam yang termaktub dalam sejarah atau pun mungkin sengaja dirimu memekakkan telinga???

Sejarah membuktikan muslimah diangkat dan dijulang sesuai dengan martabatnya yang memenuhi ketinggian nur Islam. Mungkin dirimu tersihir dengan keindahan fatamorgana dunia yang dihidangkan kuffar. Keenakkan pada mata yang memandangmu, bisikkan suaramu yang mampu menggoyahkan menjadi senjata mereka untuk memperkotak-katikkanmu. Mereka melaungkan kecantikkan adalah apa yang dipertontonkan. Sayangnya, ia adalah dusta belaka. Kecantikkan adalah apa yang tersembunyi dari penglihatan agar dirimu terpelihara. Itulah keindahan.

Keindahan dan ketinggian budi yang menjadi perhiasan pakaianmu melalui pentarbiyyahan mampan seolah-olah sudah menjadi hembusan nafasmu. Mungkin ada yang seolah-olah berselisih denganmu mengatakan bahawa ini semua adalah jumud dan konservatif. Tetapi percayalah duhai muslimah, bukannya untuk merendahkan dirimu malah bukan jua untuk menginjak-injak maruah dirimu. Namun, semuanya untuk menggilap dirimu bersinar agar menjadi srikandi terbilang dalam sejarah kehidupan.

Duhai Muslimah,

Di tanganmulah terletak segala keindahan dan kehormatan. Corakkan ia dalam dirimu, dan sematkan ia dalam sanubarimu agar ia membenih tunjang dalam fikiranmu. Lantas dapat melahirkan muslimah yang ampuh dari seluruh sudut keagamaan, keperibadiaan dan keilmuan. Dunia Islam memerlukanmu. Di bahumu terpikul azimat dakwah yang bukan sedikit untuk dilestarikan. Hisablah dirimu.

No comments:

Post a Comment