Pages

Monday, October 15, 2012

!! bUfDaY gUrL !!

Tengs kepada semua yang wish my besday sampy penuh timeline fb dgn post besday dari korang.. im happpy with it.. cyunk kowg suma ketad2.. muaxxx xoxo

ary sabtu malam :: mama beli pizza memang nyummy lorh wif burger lak memang mengancam..

ary ahad :: belajar bawak kapal terbang wif my daddy n sis.. my mom just rest at bilik pilot.. my daddy memang terserlah diri pilot bila ayah fly.. memang best walaupun sakit tangan... dapat pengalaman baru & belajar macam2 at sana...

( kenangan yang terindah di pangkalan udara butterworth wif my luvely family )

ahad malam :: dinner seafood wif my family.. terbaeekk lorh.. love u all so much.. walaupun tanpa ika n enour memang terasa kekurangan tapi memang best.. Ayah & mama memang best... :)

isnin malam :: budak2 ostel semua wish.. best sangat2.. dapat hadiah beg lagi cahntek.. suka2.. hehe

selasa my besday :: tiada apa yang best sehingga ucapan besday dari my family... sampai menangis kod.. walaupun angah, ika , kakak x send sms.. tapi rasa cam da semangat baru untuk hari ini... :) tengs u all...

take note ~~ jangan mengharap insan lain dalam hidup ini kerana ia akan memberi jawapan yang mengecewakan hanya family sahaja yang sayang diri kita.. tengs kepada HANA n xbf yang still ingat my bufday walau dalam kesibukan & lost contact..

<3 dekya sayang kamu semua sampai nafas terakhir.. kamu semua memang best sayang forever ever n after.. <3 :)




Wednesday, June 13, 2012

!! M3n@n+! D3+!k !!

jika dia jodohku tiada apa yang mampu menghalang walau dia bukan pilihan hatiku namun ku cuba menerima dirinya hadir dalam hidupku akan ku cuba belajar mencintai dirinya sepenuh hati. Lamarannya menandakan diriku sudah menjadi miliknya dan bakal menjalani kehidupan bersamanya sehingga nafas terakhirku. Hatiku masih berdebar saat menyebut namanya dan fikiran ku akan terhenti jika terbayang wajahnya. Benarkah dia insan yang bakal ku jalani kehidupan bersama selamanya. Bolehkah aku menerimanya sepenuh hatiku. Adakah dia mampu menerima ku seaadanya selepas dia mengetahui kisah yang disebalik ku. Masih kah ada ruang dalam dirinya untuk menerima ku lagi. Mungkin takdir hidupku tidak akan bersama sesiapa sampai akhir hidupku.

Ya allah jika dia memang ditakdirkan untuk ku permudahkan segala urusan kami di dunia ini dan pimpinkanlah hubungan kami mengikut acuan syariatmu.. Ku takut jika hati ini berbelah bahagi dan tidak mampu menjadi isteri yang solehah kepada bakal suami ku. Ku juga tidak layak untuk melahirkan anak-anak yang akan meneruskan agamamu...

Thursday, March 29, 2012

:) tinggal beberapa saat sahaja. :)

kisah realiti yang aku sendiri tidak terduga.

Jam menunjukkan angka empat pagi. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah sudah hampir selesai. Hanya tinggal untuk meng"edit" sahaja. Esok pagi sebelum ke kuliah masih sempat lagi aku menyiapkan. Segera laptop ku ditutup dan menutup lampu. Kawan-kawan sebilik sudah nyenyak tidur hanya dengkurannya sahaja kedengaran halus. Aku hurus segera tidur takut tidak sempat bangun awal dan menghantar tugasan kepada pensyarah kesokkan paginya. Aku tidak perlu tergesa-gesa kerana barang belajar dan pakaian ku ke kuliah sudah tersedia lebih awal. Selepas memastikan semua dalam keadaan kemas. Aku segera baring di atas katil ku.

Aku cuba menutup mata tetapi tidak berdaya. Aku tiba-tiba menjadi takut untuk menutup mata kerana aku takut aku tidak terjaga keesokannya. Aku takut malam ini menjadi malam terakhir ku di dunia fana. Badan ku menjadi menggigil seperti sebentar lagi nyawa aku akan tercabut. Aku dipaparkan segala kelakuan ku semasa hidup. Aku mengalirkan air mata tanpa suara hanya air mata yang mengalir lebat di pipiku terasa hangatnya air mata. Aku menangis kerana aku takut aku akan pegi tanpa meminta maaf kepada keluarga ku. Ku pergi tanpa aku ucap yang aku amat menyayangi mereka dan aku bersyukur kepada Allah kerana ku mempunyai keluarga yang amat menyayangi ku.

Aku hanya mampu berbisik dihati supaya Allah tidak mencabut nyawaku selagi aku tidak sempat meminta maaf kepada semua orang. Aku meminta Allah janganlah kau ambil nyawaku sehingga aku dapat melihat wajah dan memeluk tubuh ibuku. Saat ini terasa seperti pusat ku semakin sejuk di ikuti kaki kiri dan hujung kaki sehingga ke kanan. Aku takut aku akan mendapat azab daripada dosa-dosa yang aku lakukan kerana aku belum sempat bertaubat. Aku baru sahaja insaf dan kesal dengan perbuatanku yang lalu. Aku jauh dari Allah. Bila ku memegang tanganku sejuk seperti ais dan pucat nadi seolah terbehenti seperti nyawaku hanya di ambang maut. Ya allah aku takut dengan siksa kuburmu. Bila-bila masa sahaja aku akan pergi selamanya.

Aku takut aku mati dalam keadaan yang sia-sia dan menyesal. Dengan kudrat yang masih tersisa aku bangun daripada pembaringan segera mengambil wudhuk dan menunaikan solat isyak yang ku niat akan menunaikannya selepas tugasan ku selesai. Air wuduk malam ini terasa dingin dan tenang sahaja tidak seperti selalu. Selepas selesai mengambil wudhuk aku menunaikan solat. Ketika berdiri terasa kakiku amat lemah dan bila-bila sahaja ku boleh jatuh. Bergetar lidahku ketika mengalunkan surah-surah didalam solatku. Terasa kematian semakin hampir denganku. Ku melihat seolah-olah malaikat sedang berlegar-legar dikeliling untuk mengambil nyawaku. Setiap kali ketika sujud ku bermunajat kepada tuhan supaya ampunkanlah dosaku.

buat umie ku yang amat ku cintai. Adik sayang mak adik minta maaf sebab selalu menyakiti hati mak dan pernah mak menangis kerana adik. Sebelum adik pergi adik nak mak halalkan makan minum adik dan adik minta maaf sebab tidak sempat bagi mak kegembiraan sepanjang hayat adik.

buat abie yang tercinta. Adik minta maaf dan halalkan segala yang ayah beri kepada adik. Adik sayang ayah. Mungkin kerana ego adik membenci ayah. Terima kasih kerana selalu disamping adik. Setiap kali rindu ayah adik dengar lagu tajuk ayah. Adik memang manja dengan ayah. Maafkan adik sebab tidak pernah memberikan kebahagiaan kepada ayah dan selalu menyusahkan ayah. adik tahu ayah marah adik demi kebaikan adik.

buat kakak dan abangku. Adikmu ini amat menyayangi kamu tanpa kalian tidak lengkap kehidupan adik. Adik gembira dapat kakak dan abang yang mengambil berat. Halalkan makan minum adik dan hutang yang belum tertunas. Enour adik memang rapat dengan enour, adik suka buli enour dan ika sebab balas dendam tapi sebenarnya adik sayang korang. kakak dan angah walaupun kita jauh berbeza usia namun adik sayang hampa. Hampa tegas dalam mengajar diri adik sebagai manusia yang berguna.

buat teman-teman dan sahabat, dekya ingin memohan keampunan atas kekhilafan antara sedar atau tidak dan halal lah segala yang kalian berikan. Dekya suka kawan dengan korang. Dekya sayang korang dan terima kasih sebab sudi menjadi kawan dekya. Mungkin kerana ego dekya buat korang sakit hati dan pernah buat korang terluka.maaf ek...

(syima + syifa + shuhadah + wani + saffiah + dijah + wafa + atiqah + liyana + ruby + najwa + pelajar 5 alqurtubi 2010 dmw1 + sk penaga 2002-2005 + sk taman senangan 2000-2002 + kawan- kawan yang sudi berkongi suka duka + budak2 batu gantung + teman-teman fb, tagged, friendster, mysspace, skype + semua yang mengenali)

#andai dekya pergi satu permintaan sahaja jangan menangisi berita kematian dekya. kerana dekya tak sanggup melihat kalian menangis. dekya rasa seperti bersalah dan melakukan kesilapan pada kalian. terima kasih kerana menceriakan kehidupan dekya #

akaun facebook - rudy. akaun blog - haziq. pin nset - rudy.


pelbagai petanda yang ku alami tanpa sedar.

-kereta yang dibawa ayahku hampir kemalangan.
-aku mendapat mimpi dua malam yang menjadi tanda-tanda.
-aku tiada perasaan nakal seperti sebelumnya.
-melakukan kerja seperti akan hidup didunia selama-lamanya.
-menunaikan solat seperti esok akan mati.
-sejuk seluruh badan dan pucat.
-tidak menyebut perkataan yang kesat.
-hanya tersenyum dan banyakkan diam daripada bercakap.
-tidak merasa ngantuk atau letih.
-tidak cepat marah atau terasa.
-banyak berubah daripada dahulu.







Wednesday, March 28, 2012

tiba saatnya.. :)

“KISAH YANG MUNGKIN NYATA”

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.

Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas.

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..

Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…

Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti.

Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.

Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…..

Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.

Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.

Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..

Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.

Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.

Aku telah mati… aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.

Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Ini bukan surat ancaman berantai.

Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih.

Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…

my last day.. :)

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran a...tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. •

Tanda 40 hari sebelum hari mati. Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. •

Tanda 7 hari. Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. •

Tanda 3 hari. Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. •

Tanda 1 hari. Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. •

Tanda akhir. Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Monday, March 26, 2012

(*_*) M@yB3.. (^_^)



mungkin sudah sampai masanya,
detik yang ku tunggu selama ini,
saat untuk ku berubah,
walau ku rasa hati ku tetap seperti dahulu,
namun jauh di dasarnya ia mahu menghentikan segalanya..

mungkin kerna hitamnya hatiku,
selepas apa yang ku lalui,
sudah jauh ku tersasar dari landasan,
namun baru kini ku ingin kembali,
penyebabnya ialah lelaki...

mungkin ya dan tidak,
ya Allah ku malu untuk mengadu kepadaMu,
ku takut perubahan ini sementara sahaja,
namun ku tetap mahu cuba,
kali ini ku memohon agar ia kekal sehingga ku dihidupkan semula...



mungkin selama ini ku ego dengan diri,
ku tidak mahu mengalah dengan dunia tipu daya,
ku ingin menjadi pelakon paling terkemuka,
sehingga ku tidak mengambil kira dosa pahala,
kini ku sudah penat dan putus asa..

mungkin segala yang ku lakukan hanya sia-sia,
tidak membawa erti dan makna,
ku tidak akan berubah sehingga DIA,
menemukan ku dengan jodoh yang sah dan halal buatku,
ku mahu seseorang lelaki yang mampu mengubah ku mengikut acuan yang ditetapkan agama..




mungkin inilah pengakhiran keseronokan yang ku cari,
baru ku mengetahui bukan mudah untukku hadapi,
namun Allah segera menyedarkan ku ketika alpa,
agak sukar untukku kembali seketika,
kerana ku sudah sebati dengan keseronokan dunia.

mungkin ku sudah tekad dan ini azam ku,
demi agama ku dan keluarga ku,
akan ku cuba menjadi seteguh batu,
walau pelbagai dugaan terpaksa ku lalu,
ku cuba kuatkan hati dengan semangat dan niat yang baru..


Saturday, March 3, 2012

----->my d3ream

I was looking for my dream.
My dream becomes fuzzy,
i'm standing lost.
I have nothing now.
Although i want to give it all up,
and start a new.

Let's move carefully,
Step by step.
Filled with excitement and fear.
Don't tell me that it will just end like that!
Although my hesitation is caused by fear,
Deep inside my heart,
There is an echo that keeps me moving forward.
Step by step,
I will move forward carefully just like what i am doing today.
Filled with excitement and fear,
Even if i stumble and fall,
I will still move forward,
Step by step.

When will i reach my dream?
Step by step,
I will move forward carefully just like today.
Filled with excitement and fear,
Even though i'm staggering and shaking,
I will take that step.
When will we meet?
I am looking towards my dream..







----------> HD2e13
___haidan_smaelz@yahoo.com___

Saturday, January 7, 2012

"" kInI tInggal aQueW ''''




permulaan 2o12 & pengakhiran sem 3 at kolej...huhu

++ cam cita yunk eppy an tpy ta lha,,, ++
++ maybe ujian Allah tOk ami ,,, ++

tggay lgy 1 ary bgelar semester 3 n da agy 2 paper lg nseb 2 paper dlm stu ary..mmg pnat tpy kira ok la...pas 2 leyh lega dah ta yah pkir pasal exam yunk entah pa pew 2..mmg takot ta lulus tp spa swuh maen2...

masuk sem 4 nty byk lgy cabaran yg akn dihadapi.. umah pun kna pindah.. pas exam na kna kms brg n tuka umah..cuty lak ta smpai smnggu.. nk kna ankut bju brg n tong gas..pergh pnat kot.. redah je..

nieyh yg motif utama dya ary nie ::

maseh di takuk lama..ramai kawan-kawan yang dulu bersama-sama denganku kini semua dah berubah kearah kebaikan tinggal hanya aqu sahaja yang belum berubah.. aqu sendiri pun tidak pasti dengan kehidupan ku ini..apa yang ku cari selama ini n tidak puaskah dengan dunia yang penuh tipu daya nie..

semua yang ku lakukan semua tinggal sia-sia..cinta yang dulu aqu agungkan kini tingal igauan..kekasih2 yang selama ini aku banggakan kini milik orang dan mereka kini mempunyai kisah hidup yang abadi dalam jalan bertemu ilahi.. masing2 sudah tunangan orang atau sudah akad nikah..kini tinggal aqu keseorangan mencari kehidupan sendiri..

sebenarnya aku sudah jemu becinta dan berkasih akhirnya tetap putus ditengah jalan jua.. setiap kali mengingatkan mereka sebak dihati n sendu dijiwa..bilakah aqu akan menjadi seperti mereka yang mempunyai masa depan..bilakah akan berakhir sandiwara ini dan setiap itu air mataku tidak berhentir mengalir memikirkan masa depan ku..aqu juga mempunyai hasrat untuk mempunyai masa depan yang lebih baik daripada sekarang..

aku dah tak sanggup hidup dalam pura-pura tapi apakah daya jodohku belum tiba.. aku inin mencari ketenangan dan kedamaian supaya menetahui apa yang sebenarnya ku cari selama ini..

Monday, January 2, 2012

=.= cas aeman =.=

↓↓
↓↓
↓↓
↓↓

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge Iman Anda █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝