Pages

Thursday, March 29, 2012

:) tinggal beberapa saat sahaja. :)

kisah realiti yang aku sendiri tidak terduga.

Jam menunjukkan angka empat pagi. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah sudah hampir selesai. Hanya tinggal untuk meng"edit" sahaja. Esok pagi sebelum ke kuliah masih sempat lagi aku menyiapkan. Segera laptop ku ditutup dan menutup lampu. Kawan-kawan sebilik sudah nyenyak tidur hanya dengkurannya sahaja kedengaran halus. Aku hurus segera tidur takut tidak sempat bangun awal dan menghantar tugasan kepada pensyarah kesokkan paginya. Aku tidak perlu tergesa-gesa kerana barang belajar dan pakaian ku ke kuliah sudah tersedia lebih awal. Selepas memastikan semua dalam keadaan kemas. Aku segera baring di atas katil ku.

Aku cuba menutup mata tetapi tidak berdaya. Aku tiba-tiba menjadi takut untuk menutup mata kerana aku takut aku tidak terjaga keesokannya. Aku takut malam ini menjadi malam terakhir ku di dunia fana. Badan ku menjadi menggigil seperti sebentar lagi nyawa aku akan tercabut. Aku dipaparkan segala kelakuan ku semasa hidup. Aku mengalirkan air mata tanpa suara hanya air mata yang mengalir lebat di pipiku terasa hangatnya air mata. Aku menangis kerana aku takut aku akan pegi tanpa meminta maaf kepada keluarga ku. Ku pergi tanpa aku ucap yang aku amat menyayangi mereka dan aku bersyukur kepada Allah kerana ku mempunyai keluarga yang amat menyayangi ku.

Aku hanya mampu berbisik dihati supaya Allah tidak mencabut nyawaku selagi aku tidak sempat meminta maaf kepada semua orang. Aku meminta Allah janganlah kau ambil nyawaku sehingga aku dapat melihat wajah dan memeluk tubuh ibuku. Saat ini terasa seperti pusat ku semakin sejuk di ikuti kaki kiri dan hujung kaki sehingga ke kanan. Aku takut aku akan mendapat azab daripada dosa-dosa yang aku lakukan kerana aku belum sempat bertaubat. Aku baru sahaja insaf dan kesal dengan perbuatanku yang lalu. Aku jauh dari Allah. Bila ku memegang tanganku sejuk seperti ais dan pucat nadi seolah terbehenti seperti nyawaku hanya di ambang maut. Ya allah aku takut dengan siksa kuburmu. Bila-bila masa sahaja aku akan pergi selamanya.

Aku takut aku mati dalam keadaan yang sia-sia dan menyesal. Dengan kudrat yang masih tersisa aku bangun daripada pembaringan segera mengambil wudhuk dan menunaikan solat isyak yang ku niat akan menunaikannya selepas tugasan ku selesai. Air wuduk malam ini terasa dingin dan tenang sahaja tidak seperti selalu. Selepas selesai mengambil wudhuk aku menunaikan solat. Ketika berdiri terasa kakiku amat lemah dan bila-bila sahaja ku boleh jatuh. Bergetar lidahku ketika mengalunkan surah-surah didalam solatku. Terasa kematian semakin hampir denganku. Ku melihat seolah-olah malaikat sedang berlegar-legar dikeliling untuk mengambil nyawaku. Setiap kali ketika sujud ku bermunajat kepada tuhan supaya ampunkanlah dosaku.

buat umie ku yang amat ku cintai. Adik sayang mak adik minta maaf sebab selalu menyakiti hati mak dan pernah mak menangis kerana adik. Sebelum adik pergi adik nak mak halalkan makan minum adik dan adik minta maaf sebab tidak sempat bagi mak kegembiraan sepanjang hayat adik.

buat abie yang tercinta. Adik minta maaf dan halalkan segala yang ayah beri kepada adik. Adik sayang ayah. Mungkin kerana ego adik membenci ayah. Terima kasih kerana selalu disamping adik. Setiap kali rindu ayah adik dengar lagu tajuk ayah. Adik memang manja dengan ayah. Maafkan adik sebab tidak pernah memberikan kebahagiaan kepada ayah dan selalu menyusahkan ayah. adik tahu ayah marah adik demi kebaikan adik.

buat kakak dan abangku. Adikmu ini amat menyayangi kamu tanpa kalian tidak lengkap kehidupan adik. Adik gembira dapat kakak dan abang yang mengambil berat. Halalkan makan minum adik dan hutang yang belum tertunas. Enour adik memang rapat dengan enour, adik suka buli enour dan ika sebab balas dendam tapi sebenarnya adik sayang korang. kakak dan angah walaupun kita jauh berbeza usia namun adik sayang hampa. Hampa tegas dalam mengajar diri adik sebagai manusia yang berguna.

buat teman-teman dan sahabat, dekya ingin memohan keampunan atas kekhilafan antara sedar atau tidak dan halal lah segala yang kalian berikan. Dekya suka kawan dengan korang. Dekya sayang korang dan terima kasih sebab sudi menjadi kawan dekya. Mungkin kerana ego dekya buat korang sakit hati dan pernah buat korang terluka.maaf ek...

(syima + syifa + shuhadah + wani + saffiah + dijah + wafa + atiqah + liyana + ruby + najwa + pelajar 5 alqurtubi 2010 dmw1 + sk penaga 2002-2005 + sk taman senangan 2000-2002 + kawan- kawan yang sudi berkongi suka duka + budak2 batu gantung + teman-teman fb, tagged, friendster, mysspace, skype + semua yang mengenali)

#andai dekya pergi satu permintaan sahaja jangan menangisi berita kematian dekya. kerana dekya tak sanggup melihat kalian menangis. dekya rasa seperti bersalah dan melakukan kesilapan pada kalian. terima kasih kerana menceriakan kehidupan dekya #

akaun facebook - rudy. akaun blog - haziq. pin nset - rudy.


pelbagai petanda yang ku alami tanpa sedar.

-kereta yang dibawa ayahku hampir kemalangan.
-aku mendapat mimpi dua malam yang menjadi tanda-tanda.
-aku tiada perasaan nakal seperti sebelumnya.
-melakukan kerja seperti akan hidup didunia selama-lamanya.
-menunaikan solat seperti esok akan mati.
-sejuk seluruh badan dan pucat.
-tidak menyebut perkataan yang kesat.
-hanya tersenyum dan banyakkan diam daripada bercakap.
-tidak merasa ngantuk atau letih.
-tidak cepat marah atau terasa.
-banyak berubah daripada dahulu.







No comments:

Post a Comment