Pages

Monday, March 26, 2012

(*_*) M@yB3.. (^_^)



mungkin sudah sampai masanya,
detik yang ku tunggu selama ini,
saat untuk ku berubah,
walau ku rasa hati ku tetap seperti dahulu,
namun jauh di dasarnya ia mahu menghentikan segalanya..

mungkin kerna hitamnya hatiku,
selepas apa yang ku lalui,
sudah jauh ku tersasar dari landasan,
namun baru kini ku ingin kembali,
penyebabnya ialah lelaki...

mungkin ya dan tidak,
ya Allah ku malu untuk mengadu kepadaMu,
ku takut perubahan ini sementara sahaja,
namun ku tetap mahu cuba,
kali ini ku memohon agar ia kekal sehingga ku dihidupkan semula...



mungkin selama ini ku ego dengan diri,
ku tidak mahu mengalah dengan dunia tipu daya,
ku ingin menjadi pelakon paling terkemuka,
sehingga ku tidak mengambil kira dosa pahala,
kini ku sudah penat dan putus asa..

mungkin segala yang ku lakukan hanya sia-sia,
tidak membawa erti dan makna,
ku tidak akan berubah sehingga DIA,
menemukan ku dengan jodoh yang sah dan halal buatku,
ku mahu seseorang lelaki yang mampu mengubah ku mengikut acuan yang ditetapkan agama..




mungkin inilah pengakhiran keseronokan yang ku cari,
baru ku mengetahui bukan mudah untukku hadapi,
namun Allah segera menyedarkan ku ketika alpa,
agak sukar untukku kembali seketika,
kerana ku sudah sebati dengan keseronokan dunia.

mungkin ku sudah tekad dan ini azam ku,
demi agama ku dan keluarga ku,
akan ku cuba menjadi seteguh batu,
walau pelbagai dugaan terpaksa ku lalu,
ku cuba kuatkan hati dengan semangat dan niat yang baru..


Animated Pictures Myspace Comments

==.== mY LuV3r -..-

==.== mY LuV3r -..-

>.< oWn3r >.