Pages

Friday, August 19, 2011

kOo_P!e

Pernahkah kamu merasakan bahawa kamu mencintai seseorang,
meskipun kamu tahu dia sudah berpunya dan
meskipun kamu tahu cintamu mungkin tidak berbalas,
tapi kamu tetap mencintainya

Pernahkah kamu merasakan bahawa kamu sanggup
melakukan apa sahaja demi seseorang yang kamu cintai,
meskipun kamu tahu dia takkan pernah peduli ataupun
dia peduli dan mengerti,tapi dia tetap pergi

Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta,
tersenyum kala terluka,menangis kala bahagia,
bersedih kala bersama,tertawa kala berpisah...

Aku pernah....
Aku pernah tersenyum
meskipun aku terluka kerana
aku yakin ALLAH tak menjadikannya untukku

Aku pernah menangis kala bahagia,
kerana aku takut kebahagiaan cinta ini
akan sirna begitu sahaja..

Aku pernah bersedih kala bersamanya,
kerana aku takut aku akan kehilangan dia suatu saat nanti,
dan....

Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya,
kerana sekali lagi,cinta tak harus memiliki,dan
ALLAH pasti menyediakan cinta yang lain untukku

Aku tetap boleh mencintainya,
meskipun dia tak dapat kurangkul dalam pelukanku
kerana memang cinta ada dalam jiwa,
dan bukan ada dalam raga.....

No comments:

Post a Comment