Pages

Tuesday, January 8, 2013

+.= sTOrY aGa!N =.+

saat kita berpisah,
kau mencariku sepenuh hayatmu,
seperti ku pergi dan takkan kembali,
tanpa khabar aku menghilang,
dang tanpa berita aku pulang.

anggapan mu aku bahagia,
tetapi ternyata semua itu hanya sia-sia,
peneman disisi hanya air mata,
aku sedar ku khilaf dalam perhitungan,
sehingga terjadinya perpisahan.

bukan niatku,
dan semua ini terjadi bukan rancanganku,
berlaku dalam sekelip mata,
sehingga keadaan menjadi huru-hara,
maafkan aku kerana tidak mendengar kata.

hubungan kita tidak akan bersatu kembali,
dan kau pun sudah mula berubah hati,
kasih yang dulu akan ku semat di memori,
terima kasih atas kesetiaan mu,
yang membuat kau kecewa atas peristiwa ini.

aku akan kembali kepada kehidupan yang lama,
jangan kau risau kerana aku sudah dewasa,
ku berdoa agar kau berubah menjadi sediakala,
yang mempunyai baik akhlaknya, hormat menjadi sifatnya,
aku akan hargai pengorbanan yang kau beri,
setulus kasih suci abadi,
sehingga pengakhiran hayat yang ku ada.

No comments:

Post a Comment