Pages

Tuesday, January 8, 2013

=.= s@yOn@r@ =.=

aku keliru antara mereka,

dia aku sayang,
dia pula cinta,
dia yang lain aku suka,
dia yang lain pula aku rindu,

yang mana satu perlu aku setia??

tanpa lafaz janji,
aku terpaksamemilih,
setiap mereka ada kenangan,
yang tidak akan aku lupakan,
bukan mudah untuk aku melakukan keputusan,
mereka tempat aku berteduh bila kesunyian,
tetapi aku terpaksa meninggalkannya,
demi mencari cinta suci.

kenapa begini pengakhiran kisah kita?

saat-saat indah bersama mereka,
tidak akan aku lupa,
kerana mereka,
aku tertawa, aku bahagia, dan mereka juga,
aku terluka, aku kecewa.
setiap mereka ada cerita.
yang aku simpan bersama,
sehingga lenyap aku di dunia.

terima kasih aku ucapkan kepada mereka.
yang menyempurnakan hari-hari aku semasa ke semasa.

akan ku serah segalanya kepada masa,
untuk memilih antara mereka,
bukan pinta ku perpisahan,
tapi permintaan daripada kalian,
jangan salahkan ku atas perkenalan,
kerana pertemuan membuat kita saling sayang.

usah merayu untuk merindu kerna aku tidak mampu untuk menipu.

biarlah masa menentukan,
sambil berdoa semoga jodoh kita berkekalan,
sehingga mata ku tidak mampu menafikan,
sisa-sisa masa yang ada,
akan ku guna sebaiknya.
untuk mengubah kalian walaupun sedikit cuma.

aku hanya mempunyai sekeping hati,
untuk dia yang ku kasihi,
semoga hubungan kami kekal abadi,
doa kalian aku menanti,
hingga akhir hayat ini,
semua kisah ini akan terpahat di memori.

aku ucapkan salam selamat tinggal kepada mereka yang tercoret indah dalam kamus hidup ku supaya ia menjadi teladan dalam mengejar cinta dunia..

sayonara batu gantung.. (9)

No comments:

Post a Comment